Memaparkan catatan dengan label MLM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MLM. Papar semua catatan

Manusia dan halobanya!

Temahak manusia!

Siapa yang nampak?

Temahak manusia!

Siapa yang boleh ukur?

Berapa panjang haloba mereka?

Boleh kita timbang?

Dunia mereka hanya duit!!

Duit!!

Duit!!

Mereka tahu itu sistem yang reput.

Mereka gila berlari diatas jambatan tali.

Dunia mereka, hanya bertilamkan objek-objek yang kalau dibakar pasti musnah.

Gelap mata mereka, hanya mencari jalan singkat.

Apa yang mereka mahu?

Satu per satu mereka lompat.

Dari satu ke satu.

Mereka disalut dengan angan si jenin.

Konon kau juara! kau juara!

Hakikat kau ibarat abdi yang mengangkat piramid firaun.

Keringat kau, peluh kau siapa kisah?

Firaun tetap firaun selamanya.

Pandang kelangit ibarat dia tuhan.

Yang dibawah termangu dengan kuasanya.

Anggap mereka punya segalanya.

Kalau kau balik dunia mereka.

Pengemis lebih kaya dari kalian.

Jiwa mereka tidak disini dengan muslihat.

Apa tujuan kau?

Berlari dihadapan cermin, sesat dalam imej kalian sendiri.

Usaha kalian hanya tipu daya yang menghancurkan manusia lain.

Kalian selimutkan dengan agama kalian.

Kalian selimutkan dengan Nabi kalian.

Jalan singkat untuk kau.

Bukan jalan untuk aku.

Hanya hiburan untuk manusia yang tidak kenal erti usaha.

Kerana?

Kalian penuh dengan haloba!

Popular Posts

Labels

aspirasi (1) bangsa (1) cina (1) india (1) jerebu (1) Kau manusiakah? (1) kehidupan (1) malaikat maut (1) manusia celaka (1) Marlia (66) mati (1) melayu (1) MLM (1) paksi mati (1) prayformh370 mh370 (1) racist (1) rasis (1)