Maaf itu..

Maaf itu...
Satu perbuatan yang tidak selalu sealiran dengan percakapan.

Maaf itu...
Tidak seindah kekabutan jiwa yang bergelumang dengan dosa dunia.

Maaf itu...
Terlalu berat pada manusia yang penuh dengan dendam.

Maaf itu...
Terlalu tajam untuk lidah mengungkapmya.

Maaf itu...
Tidak mampu memadam segala cerita yang berdarah.

Tetapi!

Maaf itu...
Menjadikan kita manusia yang berjiwa.

Maaf itu...
Kalau tidak mampu lewat mulut, ia mampu melewati sentuhan.

Maaf itu...
Umpama ucapan selamat tinggal buat dunia yang penuh pancaroba.

Maaf itu...
Pasti akan meringankan beban jiwa.

Maaf itu...
Adalah jalan terakhir untuk kita sedar bahawasanya kita sesat dalam dunia yang kejam.

Kalau semua ini semudah dengan memancarkan maaf dari jiwa yang berdarah, pasti dunia ini kekal aman dengan manusia tahu dimana titik toleransi.

Kalau semua ini semudah apa yang inginkan, pasti maaf itu tidak punya nilai pada akal manusia.

Kerana ia terlalu berat dan kerana ia terlalu berharga. Maka kita telan segala perih kehidupan. Kita tidak punya pilihan kata akal, kerna itu kita hidup dalam ketakutan, sangkaan mematah akal yang lurus. 

Tapi sampai bila!

Sampai bila!

Kita mahu hidup dalam ketakutan untuk mengucapkan maaf?

Korban dunia di mamah makhluk yang halus

Segala derita dunia kini dihentikan dengan sekelip mata, bergelimpangan manusia yang mati akibat dengan kerakusan mereka mengejar kemajuan.

Ke alpaan mereka mengakibatkan setiap negara maju lumpuh!

Setinggi mana mereka mendongak ke langit, tetap dihempas oleh makhluk yang halus ini.

Kini mereka yang bersenjata, tiada gunanya.

Kini mereka yang kuat, tiada gunanya.

Kini mereka yang lemah, mati keesokannya.

Tangisan keluarga kini hanya igauan, akhir cerita kalian hanya bertemankan plastik yang menutupi segenap badan kau.

Tiada yang dapat menatap wajah kalian untuk kali terakhir.

Tiada yang dapat dengar kalimat terakhir dari bibir kalian.

Tiada yang dapat meratap atau memeluk kubur kalian.

***

Ego manusia terpancar dari pelbagai bangsa.

Kesombongan manusia dapat dilihat dari status dan dimana mereka berdiri.

Letih manusia dapat dilihat hampir diseluruh pelusuk bucu manusia yang tiada pilihan ketika ini.

Hanya doa dibekalkan.

Hanya ucapan dan kata semangat yang dapat diberikan.

Kalau mereka yang dihadapan ini hilang semangatnya, maka bersedialah kita semua untuk ke alam berikutnya.

Namun!

Masih ramai yang degil.

Masih ramai yang membentak.

Masih ramai yang mahu berselindung disebalik cerita manis mereka di luar negara.

Masih ramai yang menunding jari.

Masih ramai yang tidak faham apa itu erti duduk diam di rumah.

Kau punya rumah!

Tidak buat mereka yang tidur dijalanan. 

Kini mereka bersyukur tidur mereka berlapikan tilam.

Kini mereka bersyukur tidur mereka tidak dilihat oleh manusia lain.

Kini mereka tidak lapar dibawah jambatan.\

Cuma kita.

Yang,

masih tidak sedar dunia juga perlu berehat.

masih tidak sedar kita ini tidaklah hebat.

masih tidak sedar sepandai mana pun manusia ia tidak dapat melawan ciptaan Tuhan yang mampu melumpuhkan beratus ribu manusia dengan sekelip mata.

masih tidak sedar bertapa hebatnya sistem yang dicipta didalam badan manusia.

masih tidak sedar yang kita sudah sampai dipenghujungnya.


Popular Posts

Labels