Tujuan

Hidup...

Tanpa satu tujuan adalah mustahil.

Ada manusia yang hidupnya mengejar apa yang tidak pasti atau kabur, ada yang terlampau dalam mengecapi sesuatu. Mengejar tanpa mengukur kemampuan adalah ibarat manusia yang mahu membina KLCC dengan tangan kanan mereka sendiri.

Terlalu mustahil.

Akan kerana itulah walaupun sekecil perbuatan manusia tetap gagal.
Ada diantara mereka terlalu taksub dengan objek, seperti kecantikan, kemewahan, kebendaan, duit dan lain-lain. Adakalanya sehingga menguris pasangan mereka tanpa sedar. Kalian kejar semua ini untuk memuaskan nafsu semata? Atau kalian punya tujuan yang bersangkut paut dengan manusia lain?

Kita kecilkan skop pemerhatian pada keluarga kita.

Apakah cukup kasih sayang dan perhatian yang diberikan? Apakah cukup makan minum mereka? Ada diantara kalian sarapan pun gagal disediakan, akan kerana kita tidak biasa bersarapan apakah anak kecil kita perlu dikorbankan dengan kemalasan kita? Aku lebih gemar melihat anak kecil yang disuapkan makanan, kadangkala mereka tidak mahu lebih, mereka hanya mahu diraikan ketika mereka menyuapkan makanan kemulut mereka. Usaha kecil pada mata kita, tetapi besar pada mereka.

Banyak diantara kita melihat kekurangan itu satu kelemahan. Gagal untuk melihat pada sudut tertentu buat ramai pasangan memilih perpisahan sebagai satu penyelesaian. Ada diantara mereka ibarat kulat, melepek dan menghabiskan apa sahaja yang ada pada keluarga mereka, isteri, suami, mahupun anak.
Paling mudah.

Berapa ramai yang menyimpan duit raya, duit aqiqah, duit pemberian ketika anak kecil kalian lahir, duit pemberian pada hari perkahwinan anak kalian?
Aku percaya ia lesap.

Sebab itu ramai diantara anak kita gagal dalam mengurus kewangan.
Maka terbitlah video gadis kesayangan dilimpahkan dengan kemewahan. Kerana pada mereka duit itu hanya objek semata. Kebaikan ditonjolkan tatkala duit digenggam. Kau punya itu. Kau punya ini.
Tetapi aku gagal melihat kepuasan hidup kau.

Kerana dihujung pasti manusia mengomel.

"Aku tidak puas"

Sampai bila wahai manusia?

Sampai bila kita mahu hidup dengan memuaskan nafsu sendiri? Sedangkan anak membesar hanya sekali, balik lewat anak sudah tidur, duit berkepuk hati masih tidak tenteram. Duit sikit pun masih tidak tenteram. Semua ibarat serba tidak kena, kita alpa, sekecil-kecil perbuatan terselit satu kepuasan.

Kita lupa untuk meraikan(menghargainya).

Kita hanya kita tiada mereka.

Itu kalian.

Popular Posts

Labels