Ini hakikat...

Pedih atau pahit kita perlu telan...

Fakta atau auta kita perlu lihat...

Lihat tanpa tapis ibarat minum teh dengan serdaknya sekali!

***

Air tinggi menenggelam bumi.

Kita takut tapi tetap sombong.

Air kalau ditumpahkan ke lantai tiadak impak pada manusia.

Tapi...

Kalau Tuhan menumpahkan airnya ke lantai bumi.

Kalut manusia dibuatnya, bertempiaran.

Beranjak-anjak kepuncak.

Takut?

Tapi...

Masih sombong kita ini.

Hidup penuh dengan alasan.

Hidup penuh dengan rasa benci.

Hidup penuh dengan rasa dengki.

Hidup penuh dengan keduniaan.

Sampai semua perihal mahu ditonjolkannya.

Bangga dengan apa yang dimilikinya.

Irihati dengan apa kepunyaan manusia lain.

Itu hakikat.

Mampu padam?


***

Hari ini kau pasti dapat merasakan nikmat yang dikecapi.

Tetapi bukan esok.

Tapi kau tetap akan sombong dengan Pencipta kau?

Berteriak-teriak menyalahkan manusia.

Macam kalian terlalu sempurna?

Cuba tanya pada anak kalian, pasti wujud rasa ketidakpuas hatian itu.

Mampu puaskan?

***

Akal sombong merasakan kita berada dipuncak.

Tetapi kalau dibariskan dengan berjuta-juta garisan yang lain.

Dimana posisi akal kau?

Tenggelam!

Kalau hidup hanya mahu pujian lambungan dari bibir manusia lain.

Maka kegelapan adalah makanan ruji hati yang sempit.

Kalau hidup hanya mahu lihat manusia lain gembira.

Maka kegembiraan adalah makanan ruji hati yang cerah.

Tidak perlu mata lain memandang yang kita punya segalanya.

Kita tahu hidup kita.

Kita tahu jalan kita.

Perlu aku membina jalan untuk kalian?

***

Walaubagaimanapun.

Jangan kau memanipulasi setiap perbuatan manusia lain.

Kau lebih hina dari binatang kalau begitu.

Kita satu.

Pernahkah kita terfikir...

Hidup kita akan disatukan sebegini rupa?

Pernahkah kita terfikir...

Permulaan hidup itu adalah pada setiap pengakhiran penderitaan?

Pernahkah kita terfikir...

Kita tempuhi laluan gelap untuk meluncur cahaya yang terang dimasa hadapan?

Pernahkah kita terfikir...

Gelak tawa kita ditepi lombong buatan manusia itu akan berakhir?

Pernahkah kita terfikir...

Senyuman yang mengjengkelkan ini akan kau tatap hingga akhir hayat kau?

***

Kita bergolak tiada siapa yang tahu.

Cuka muka kau kelat lagi tekak aku.

Kita lalu pelbagai simpang akhirnya bertemu dihujung jalan.

Kita dekat pada setiap sudut.

Tapi kita tidak kenal diantara satu sama lain.

Aku ada dimana kau berada.

Tapi kita tidak pernah bersua muka.

***

Maaf kata kalau kau masih tidak dapat mengecapi hidup yang lebih hebat!

Lebih hebat dari cerita dongeng manusia.

Kerana apa yang aku mampu inilah apa yang kau lihat.

Tidak pernah terlintas takdir hidup aku menemukan kau.

Ia ibarat satu hadiah yang mencurah ibarat hujan lebat.

Dan,

Engkau adalah pemberian yang terindah.

Untuk aku teruskan sisa hidup ini.

Aku tidak perlukan ilusi untuk bayangkan keindahan hidup.

Aku tidak perlukan kata hati untuk berbicara.

Aku hanya perlukan...

Kau..

Kekal disisiku.

Selama-lamanya.

Selamat hari ulang tahun isteriku!


Manusia gila..

Prap!

Kruk!

Letup!

Oi!

Ini!

Bukan!

Cacian!

Ini!

Hanyalah!

Coretan!

***

Kita diletakkan pada satu situasi bukan kerana kita tidak mampu, tapi untuk tunjuk kita bagaimana untuk hidup!

Manusia gila!

Suka kerja gila, lebih dari orang gila!

Manusia gila!

Suka sibuk gila, lebih dari orang gila!

Manusia gila!

Suka buat paham, lebih dari orang gila!

Manusia gila!

Suka bangga, lebih dari orang gila!

Orang gila malu dengan kalian!

Tidak mahu mengaku kawan gila oi!

***

Kita pernah lihat atau tunduk untuk lihat tubuh kita?

Gilakah kita kalau berpelakuan begitu?

Gilakah kita kalau gelak tanpa sebab?

Gilakah kita kalau satu masa kita berkata-kata ibarat anak kecil duduk dalam imaginasinya?

Gilakah kita kalau kita luruskan jalan hidup kita?

Gilakah kita kalau kita sedar kemampuan kepala kita?

Gilakah kita kalau kita tutup rasa bongkak kita?

Gilakah kita kalau kita tutup rasa riak kita?

Gilakah kita kalau kita mampu untuk ubah atau atur satu kehidupan itu?

Oi!!

Gila!

Kau ingat kau mampu?

Oi!

Gila!

Kau ingat kau punya upaya?

Hadamkan satu garisan belum tentu lurus kau melakarkanya...

Putuskan ia tidak bermakna bekas itu tidak bersambung...

Binatang!

Hidup berkeliaran, akal kau itu!

Tiada sakit!

Tiada emosi!

Itu neuron kononnya garis sambungan kata akal!

Tergelincir ketika kau berkata-kata.

Terlalu besar untuk mendabik dada.

Tiada kesempurnaan.

Hanya satu perbuatan riak dan takabur!

Hoi! Hoi!

Skrin biru terpampang!

Dua saat berkelip!

Ia padam.

Itu minda.

Kau faham?

Mata manusia...

Semenjak dua menjak ini, aku selalu dilanggarkan dengan kedaifan manusia.

Kadangkala aku terpaku, ibarat aku menyelam dalam dunia lampau.

Kadangkala imaginasi aku ini lebih bersifat realiti masa lampau yang pernah aku lalui.

Kadangkala ingin aku dakap kedua ibu bapa aku senantiasa.

Kadangkala aku ingin seperti anak kecil baring dan berborak seperti yang selalu aku lakukan sebelum aku memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Kadangkala jikalau aku melihat wanita yang kini menjadi rusuk kiri aku, aku sayu.

Kerana ia ibarat ibu yang melindungi anak-anaknya.

Aku manusia yang teliti dengan kehidupan, aku lihat ia ibarat tali-tali suara yang berhubung terus kelangit.

Aku lebih banyak diam, kerana itu sifat aku.

Aku lebih banyak memerhati setiap perbuatan manusia.

Aku lebih banyak rumuskan setiap inci kehidupan kepada penulisan.

Aku lebih banyak membaca fakta dan masalah supaya ia menjadi kayu pengukur sejauh mana kehidupan yang telah aku lalui.

***

Ia satu imej yang kerap terbayang dalam akal aku.

Bagaimana aku pernah mengalami satu kehidupan yang sungguh gelap.

Bagaimana aku pernah mengalami satu ketidakselesaan yang sehingga kini aku terasa pedih tatkala malam sejuk menjelma.

Setiap perbuatan anak kecil, ibu bapa, isteri mata ini merekod segala-galanya.

Aku pernah lihat bagaimana nyawa manusia kecil ditarik, nyawa itu adalah manusia yang aku jaga semasa dia kecil, aku juga yang melipatkan kain sehingga ia jadi seperti kain lampin.

Itu aku semasa umur aku masih kecil.

Tapi Tuhan lebih menyayangi beliau.

Bukan waktu aku untuk pergi bersama dia.

Aku anak kotaraya, kalian tidak perlu mempersoalkan bagaimana susur galur kehidupan aku.

Paling sayu yang pernah aku rakamkan dalam kepala otak ini, tatkala bila kita sampai satu tahap tidak mampu menjamah sepinggan nasi dengan sempurna akan kerana kekosongan wang ringgit didalam dompet.

Hanya cukup untuk anak kecil yang tidak tahu erti tanggungjawab kehidupan.

Aku tidak tahu!

Jikalau aku tahu pasti aku suap sedikit sahaja.

Itulah kehebatan ketua keluarga aku yang masih kukuh sehingga sekarang, beliau pernah mengikat perut sehingga perutnya luka, dan nyata pembuangannya itu tampak darah.

Itulah kehidupan...

Kita lindung, tiada ancaman yang mampu menembusi secara zahirnya.

Akan kerana itu...

Setiap kematian akan aku mempercepatkan kehadiran aku.

Kerana Tuhan itu senantiasa adil...

Ia akan berikan kesempatan kepada kita untuk mendermakan bekalan si mati.

Aku harap ia sampai...

Kerana setiap perbuatan aku hanya demi Tuhan aku...

Jari jemari aku akan selalu bergerak akan kerana diskusi dengan akal aku tidak akan berhenti, fokus aku tidak akan terganggu walau bagaimanapun.

Anak kecil aku tetap akan menjadi keutamanan, yang penting adalah setiap nyawa anggota keluarga kecil aku.

Aku diajar untuk melindungi, tetapi jikalau mereka salah. Aku lindungi mereka dengan membuat satu keputusan yang waras. Emosi bagi aku adalah satu mainan akal, kerana ia kelemahan manusia yang senantiasa membuka laluan kepada syaitan dan iblis untuk menumpang amarah hati.

Akan kerana itu aku pernah dicop sebagai manusia yang tiada emosi.

Kerana emosi ini perlu diterjemahkan kepada satu penulisan, ia dijadikan sebagai panduan.

***

Soal anak kecil yang daif dimata aku, dia tidak takut atau malu dengan tali rafia dan secebis surat khabar cina yang di ikat ibarat teropong.

Ibunya yang compang-camping pakaiannya memberikan semangkuk bubur dan kuih untuk disantapnya.

Riang terpancar diwajahnya kerana kelihatan dia tidak sabar untuk menjamah.

Baju ibu yang rabak dan dijahit dengan benang berwarna unggu itu, merasakan ia tidak sesuai dikawasan itu, tetapi dia tidak malu.

Mungkin tiada pilihan.

Itu kehidupannya.

Demi keluarganya, janji perut anak kecil tidak perit mahupun terabai.


***

Wahai manusia,

Coretan ini adalah jiwa manusia, yang sungguh berliku tiada seni yang lurus, pasti bengkang bengkok.

Wahai manusia,

Cuba lihat bagaimana keluarga kalian melindungi kalian.

Terjemahkan dia.

Wahai manusia,

Yang terbaik untuk anak kecil adalah segala-galanya kerana kain putih tidak akan kotor kalau tangan yang menulis itu bersih.


Itulah mata manusia...

Manusia dan masalah...

Kita...

Selalu melihat sesuatu dengan mata negatif, penentangan akal terhadap perkara positif itu sering kali bertelingkah dengan kata hati.

Kita...

Selalu melihat sesuatu terlalu jauh sampai apa yang dihadapan itu tiada membawa apa-apa erti. Walhal yang hampir itu memberi seribu erti untuk kita tatapi, dan fikir akan tindakan yang perlu diambil.

Kita...

Selalu lupa yang jauh itu masalah, yang dekat itu solusi.

Kita...

Selalu ingat solusi satu tindakan yang akan tiba dengan sendirinya.

Kita...

Selalu fikir... kita adalah penyelesaian...

Kita...

Gemar untuk terjun dalam permasalahan.

Bila susah?

Kita heret manusia lain.

Bila susah?

Kita maki manusia lain.

Bila susah?

Bebelan celaka membasahi mata manusia.

Bila susah?

Cuba gapai tangan lain.

Kita dikurniakan akal, bukan haiwan mahupun tumbuhan.

Kita punya pelbagai solusi, berseni kadang kala.

Jangan jadi seperti otak lelaki melihat warna itu pada asasnya sahaja.

Jangan jadi seperti otak wanita yang sesat melihat peta tatkala sedang memandu.

Itu satu kelemahan asas setiap jantina.

Komplekskan pandangan.

Awalan tidak perlu jauh, bila berjaya tiba pada destinasi baru kau jauhkan pandangan itu.

Elakkan bangga.

Elakkan riak.

Gemarkan informasi.

Bukan bergendang kosong.

Bukan kepak dibuka ketika angin kencang.

Pasti melanting jauh perginya!

Masalah ibarat gam.

Melekat pasti susah untuk diuraikan.

Melekat pasti ada kesan lekatan.

Melekat pasti mengelupur.

Melekat kau rimas bukan?

Kenapa kita lari kearah masalah?

Kita mahu?

Pilihan kita?

Suka-suka?

Kerana kita kurang arif dengan kehidupan.

Kerana kita mahu terhantuk baru cerah mata melihat.

Itulah kita.

Untuk...

Untuk menulis sebaris kata, bukan ibarat kita melakar garis-garis abstrak.

Ia bukan seni tampak.

Ia bukan campuran warna-warna asas.

Untuk hadam dengan persekitaran.

Bukan melenting dengan baris kata manusia.

Untuk patahkan sebaris ayat

Bukan dengan menghentam tanpa asas.

Kalau dicucuk pasti jari kau tidak mampu menutup lubang darah yang memancut.

Kalau kau dibesarkan dengan sumber putih, pasti jernih akhlak kau.

Ini tidak.

Gelap jiwa kau.

Ini tidak.

Pasti lemak terkumpul lebih lebar dari otak kalian.

Ini tidak.

Takut dengan masa hadapan yang kau akan lakarkan.

Sepanjang aku bernafas.

Aku tidak pelik dengan pe'el manusia sebegini.

Kerana sudah hadam.

Tahi aku sudahpun dilepaskan.

Struktur atom tidak akan kukuh tanpa rantai yang kukuh.

Kalau kau gemuk akibat lemak tepu kau.

Patut akal kau kukuh setebal lemak-lemak perut kalian.

Ini dunia.

Kau selalu sebut kejam.

Mana ada kejam!

Fantasi kau yang menciptanya kejam.

Ia hakikat yang teratur.

Struktur kompleks yang difahami dengan formula

KEHIDUPAN!

Kau biarkan dengan alasan perikemanusiaan.

Tapi kau lupa.

Kekejaman tidak pernah kenal apa itu kemanusiaan.

Kau mahu lihat mereka tersungkur.

Itu pilihan kalian.

Jangan mengigil bila kau bertemu dengan realiti.

Sampaikan salam aku padanya.

Harapan...

Kita..

Selalu mahukan yang terbaik untuk setiap inci perbuatan, pergerakan mahupun percakapan kita.

Kita...

Selalu mahukan ia sempurna walaupun kita tahu dihadapan ada cacat cela.

Kita...

Selalu tewas dengan ego kita...

Kita...

Selalu tewas dengan nafsu kita...

Kita...

Selalu mahu melakukan sesuatu diluar batasan akal kita...

Kita...

Hanya mahukan yang terbaik untuk mereka jadi yang terbaik...

Itu dinamakan HARAPAN!

Kerana kita manusia..

Kita...

Senantiasa mahu menakluk sesuatu perkara..

Kita...

Senantiasa mahu memegang sesuatu yang bukan fizikal.

Kita...

Senantiasa berhadapan dengan jalan yang gelap.

***

Aku tahu tiada apa yang kekal, oleh itu aku ingin membentuk sebuku darah itu menjadi sesempurna yang mungkin.

Aku tahu dengan izin Tuhan, ia akan terjadi.

Kalau tidak diizinkan aku redha.

Akan tetapi!

Itu bukan alasan, untuk aku mengalah atau malas atau leka.

Itu satu garisan untuk aku berlari selaju mungkin.

Luka itu perlu untuk kita amati apabila ia pulih.

Luka itu perlu untuk semangat juang yang tinggi.

Kerana dunia tiada erti kasihan.

Kerana dunia tidak kenal erti kegagalan.

Kerana dunia ini selalu diolah oleh manusia kejam.

Untuk jadi yang terbaik.

Kita perlu perah hingga menjadi hampas.

Untuk jadi yang mulia.

Kita perlu cahayakan akal dan rohaninya.

Untuk jadi yang gagah.

Kita perlu belajar untuk menerima dan fahami setiap inci kegagalan.

KITA!

Tidak akan bangun kalau kita tidak jatuh.

KITA!

Tidak akan sedar dari mimpi kalau kita tidak disentap.

KITA!

Bukan semua.

Tapi aku dan kau.

Manusia lain hanya satu garisan halus, tiada erti kalau ia tidak tebal.

Tidak boleh imbang kalau berjalan tanpa mata teliti.

Tangan aku lebih tebal dari garisan itu.

Mari pimpin wahai anakku.

Kaki aku lebih luas dari garisan itu.

Mari pijak wahai anakku.

Dakapan aku dan ibumu adalah tempat kau bermanja.

Tetapi.

Dunia adalah tempat kau akan mengolah setiap penjuru akal kau tanpa meninggalkan kemanusiaan yang akan aku tanamkan pada minda kau.

Perasaan takut bukan pagar dalam hidup kau.

Ia adalah pintu untuk kau keluar menghempas manusia yang tidak berakal.

Kita disini adalah manusia.

Ingat anak.

Legasi aku bukan untuk kau tiru (jangan jadi seperti aku, jadilah manusia yang lebih hebat), tetapi untuk kau teruskan dan kembangkan hingga setiap akal mereka bangkit untuk berfikir.

Roh...!

Pagi...

Terang...

Hijau...

Kicauan burung...

Kucing bertenggek...

Lari kehadapan...

Termenung dihadapan pintu kaca...

Itu kehidupan yang tenang...

Bukan ribut yang aku pinta...

Dia kalut sebab takut...

Dia ribut sebab resah...

Kalau benar pastikan tiada takut datang menghantui...

Kalau benar untuk apa berduka...

Kalau miskin untuk apa manusia hidup...

Itu yang tertulis...

Bukan megah dengan dunia...

Bukan megah dengan hidup manusia lain...

Ini kita...

Genggam tangan ku erat...

Pasti kita tidak akan jatuh...

Kalau kita jatuh...

Timpalah aku...

Kerana ini dinamakan tanggungjawab yang tidak boleh dipertikaikan...

Jangan biarkan manusia lain memanipulasi kita...

Meraka itu bukan manusia...

Hanya bayang-bayang dunia haiwan...

Menunggu masa untuk menerkam dan membunuh kita...

Kata-kata mereka hanya ibarat lumut...

Kalau kita pijak pasti kita tergelincir...

Mereka takut dengan tanggungjawab...

Mereka selesa...

Tapi mereka lupa...

Tuhan itu adil...

Sampai masa rezeki boleh diragut...

Melalui manusia, melalui badan, melalui haiwan, melalui udara...

Mereka lupa tiada apa yang boleh sekat aku...

Mereka lupa aku bukan manusia yang malas...

Mereka lupa aku bukan manusia yang bodoh...

Tuhan aku diatas...

Bukan mereka...

Aku tidak sembah mereka...

Aku tidak kenyang kerana mereka...

Aku tidak hidup kerana mereka...

Aku tidak bernafas kerana mereka...

Mereka tetap mereka...

Takut untuk keluar dari takuk selesa mereka...

Aku tidak rakam kehidupan aku pada gambar...

Aku rakam kehidupan aku pada legasi yang akan aku tinggalkan...

Aku rakam kehidupan aku pada otak manusia...

Aku rakam kehidupan aku pada kornea mata aku...

Ini akal...

Bukan gambar...

Ia hebat...

Lebih hebat dari telefon bimbit canggih mereka...

Kerana aku menghargai kehidupan lebih dari mereka...

Mereka?

Hargai kehidupan mereka didalam gambar.

Memori mereka itu.

Terperangkap!

***

Itu pasal.

Mereka takut.

***

Ini cerita siang...

Satu deruan...

Menikmati hari hujan membasahi bumi...

Kalut titisan air hujan turun berlumba ingin menyembah bumi...

Ingin menulis tapi buntu...

Lagu diputarkan merancakkan sel-sel otak berhubung...

Oh...

Wahai sejuk kau titiskan kedalam rohani aku satu kedamaian yang abadi...

Wahai panas duduk kat ditepi sebentar...

Aku ingin tatap bagaimana sejuk memecah setiap urat-urat yang wujud...

Ilusi manusia hanya memukul akal mereka yang sunyi...

Nama disambut cuba berkata-kata dalam kesayuan...

Menanti kesayangan tiba dalam deruan hujan yang lebat...

***

Oh!

Kau disitu lihat bagaimana impak seorang manusia boleh mengubah setiap detik perjalanan manusia lain...

Meraka faham apa yang dilakukan?

Mengapa mereka tidak berada disini?

Pelbagai alasan!

Mereka ini cebisan manusia-manusia yang mengejar keseronokkan hidup.

Setiap mereka aku dengar dari mulut orang yang sekain dengan mereka.

Tiada yang menarik.

Mereka bosan.

Hidup mengejar harta dan keseronokkan dunia.

Tiada cita-cita.

Tiada peluang untuk mengubah hidup manusia lain.

Mereka abaikan setiap peluang yang ada.

Kerana mereka itu statik!

Jangan heret aku untuk statik.

Aku bukan kalian, aku tidak perlukan kata-kata aku dijulang.

Kau mahu hina kami?

Aku peduli apa.

Aku punya hidup yang perlu diteruskan.

Aku sudah biasa hidup dalam gelap.

Bilik aku lagi gelap dari jiwa kalian, yang hanya tahu untuk menghiburkan roh-roh yang lain.

Kau siapa wahai manusia?

Lihat!

Bagaimana zarah badan kau membesar?

Sempurna?

Kerana kau tidak cuba untuk mengubahkan, kau ulit mereka dengan hiburan dunia.

Itu yang kau akan dapat!

Aku selalu berkata-kata dengan jasad aku.

Ini aku.

Ini cara aku.

Jangan pertikaikan.

***

Peluang itu tidak akan muncul jikalau kau tidak genggam dengan erat.

Kau hanya tahu mempertikaikan kesalahan manusia lain yang zahir SALAH dimata kau.

Kau tau apa itu BATIN?

Belajar.

Umur kau lebih tua, tapi kau tidak pernah lihat kedalam diri kau itu.

Kau hanya tahu, janji aku lepas.

Kau hanya tahu, janji aku mudah.

BELAJAR UNTUK SUSAH.

Bukan belajar untuk miskin.

BELAJAR UNTUK SUSAH.

Bukan belajar untuk kaya.

BELAJAR UNTUK SUSAH.

Lakukan semuanya tanpa bantuan manusia lain.

Hidup ini bukan untuk kau banggakan...

Hidup ini bukan untuk kau sembah jiwa kau...

Hidup ini bukan untuk kau sembah harta dunia...

Hidup ini adalah satu jalan yang penuh dengan tanggungjawab.

Hidup ini adalah pengorbanan untuk kau lahirkan seorang yang lebih padu dari kau!

Hidup ini adalah okestra makanan telinga kau.

Untuk!

Kau dengar!

Kau amati!

Kau fahami!

Tapi...

Hati kau buta...

Penuh dengan persoalan yang kau sendiri tidak mampu untuk faham.

Konklusi kau hanya satu dongengan hidup kau.

Yang kau sendiri tidak calitkan pena-pena untuk melakar satu garisan yang tebal dan hebat!

***

Kau faham?

Tidak faham?

Pergi cari roh kau!

Jangan jadi manusia hina.

Detik ia bergerak...






Kerana cinta.. biar aku dianggap gila.. terbang dengan sayap ilusi.. bertutur dengan bahasa hati...


***
Ia hadir..

Lebih hebat dari kejadian cinta yang abstrak.

Ia lebih hebat dari anak kecil yang melompat keriangan menerima mainannya.

 Hidup umpama fakta yang tertulis diatas helaian kertas lutsinar.

Cuba baca tetapi tidak nampak.

Cuba faham tetapi acap kali terolah susunan barisnya.

Bunyinya kerap kali berubah.

Tutur kata juga gagal menyusun seribu kegembiraan.

Pergerakkan pertama dilihat posisi tidur yang sama dengan empunya daging.

Oh!

Terkesima!

Gelap kau didalam sana penuh nyenyak.

Gembira disana hanya menunggu waktu makan.

Lapar kau berbunyi.

Awal pagi!

Tidak banyak karenah.

Tidak banyak meminta.

Seorang manusia hebat masih tidur dibuai mimpi malam.

Jauh perjalanan.

7 bulan belum tiba waktunya.

Jiwa kau masih belum dibentuk.

Kalau aku punya peluang untuk mengukirnya, pasti aku rampas peluang itu!

Tapi itu kerja Tuhan.

Aku tidak punya hak.

Hak aku hanya untuk menggembirakan ibunya sahaja.

Wahai budak kecil!

Duduk didalam dan ketawalah dikau.

Kerana dunia ini

masih belum kiamat untuk kita diami.

Kita

Walau beramai, jangan biar diri itu keseorangan.

Walau keseorangan, jangan biar diri itu sepi.

Kita,

Jangan hempaskan tutur kata.

Kalau ia tidak baik.

Lupuskan ia secepat mungkin.

Jangan biarkan luka menjadi nanah, kita hidup tidak lama.

Mungkin hari ini aku dapat tatap kau.

Mungkin esok tidak.

Mungkin aku hanya mampu menatap wajah ahli baru aku sahaja.

Mungkin esok tidak.

Kita selalu ucapkan,

Oh Tuhan jagakan dia untuk aku.

Kita selalu ucapkan,

Ampunilah dosa Isteri ku.

Kerana.

Aku sayang dikau lebih dari apa yang kau bayangkan.

Kau tidak mampu mengapai setiap ceritera yang telah aku karangkan.

Dengan izin Tuhan aku hanya menunggu masa untuk menguruskan segala cerita yang telah aku karangkan.

Aku minta kau dilindungi dari sinar yang perit.

Kau tidak perlu jadi pari-pari, kau tidak perlu jadi dongengan manusia purba.

Kau hanya perlu kekal menjadi permaisuri hidup aku.

Aku tidak perlukan lagi cerita dongeng untuk mewarnai hidup aku.

Aku hanya perlu tuju satu lorong yang sudah ada.

Jangan hambarkan cerita ini.

Gelap atau hitam bukan erti jalan mati.

Tidak perlu berhenti.

Genggam tangan aku.

Kau tuju kehadapan.

Kerana kau adalah cahaya hidup aku.

Kalau kau berundur.

Pasti kita akan jatuh bersama.

Perjalanan kita ini bertitikan pedang, salah pijak pasti luka.

Kalau kau dan aku tidak imbang pasti kita jatuh.

Kau mahu kita terjunam kedalam dasar yang tiada jalan keluar?

Hidup kita bukan drama cinta yg penuh dengan jejehan air mata.

Kita punya kertas putih yang perlu kita karang.

Jangan...

Kita jatuh.

Kerana beban itu lebih berat dari kita biarkan diri kita berterbangan.

Rempuh graviti yang ada,

Tiada fizik hidup akan menghalang.

Runtuhkan tembok yang ada,

Tiada objek hidup akan menghalang.


Cahaya Kecil

Wahai cahaya kecil ku,

Sudah lama aku tunggu akan ketibaan mu,

Hampa menampar kami banyak kali,

Aku hampir putus harapan,

Takut aku tidak mampu melihat serpihan dari jasad ku,

Tapi kini tidak setelah pelbagai cara digunakan,

Mungkin Tuhan mahu uji kesabaran aku dahulu sebelum menerima kau,

Mungkin Tuhan mahu uji sejauh mana aku mampu mendidik kau,

Mungkin berbulan lama tunggu cukup membuat aku takut akan ketidak-hadiran mu,

Cubaan berkali kali,

Hanya sebaris yang muncul.

Tetapi kini..

Pada jumaat tanggal 1 Ogos 2014,

Kau mengisi ruang kegembiraan dalam hidup kami.

Muncul dicelah kegembiraan kami menyambut aidilfitri.

Kau muncul ketika ramadhan melintasi hidup kami.

Indah sungguh,

Ingat,

Kau yang kami tunggu,

Keluarlah kau dengan sempurna.

Ingatlah,

Anakku,

Kau satu-satunya waris aku.

Hiduplah seperti manusia yang paling hebat,

Tetapi jangan kau lupa untuk menundukkan diri kau kepada Pencipta kau,

Hiduplah kau dengan sifat yang mulia.

Aku mahu kau menjadi contoh yang terhebat dimuka bumi ini.

Biar mereka kenal kau.

Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab.

Biar mereka kenal kau.

Dengan sifat kau mulia kau.

Kami akan mendidik kau tanpa tongkat,

Kami akan mendidik kau sehingga kau mampu melompat lebih tinggi!

Dan,


Aku tetap akan menanti kau keluar dari perut ibu mu.

Mari lihat dunia.

Bangsa atau sifat?

Aku bosan bila mereka salahkan melayu.

Aku bosan nukilan mereka tak habis-habis me-layu-kan bangsa.

Aku bosan coretan yang bersifat hentam untuk bangun.

Aku bosan dengan pertikaian mereka yang malap.

Apa kau tidak pernah lihat mat rempit dari bangsa lain?

Apa kau tidak pernah lihat penjenayah dari bangsa lain?

Apa kau tidak pernah lihat penipu dari bangsa lain?

Apa kau tidak pernah lihat mereka tidak bersatu?

Apa kau tidak pernah lihat mereka berkelahi?

Oh!

Lupa..

Kau hidup dalam KELOMPOK.

Majoriti konon.

Sebab ramai kita buruk, apa kata kita jadi minoriti?

Faham?

Atau faham-faham?

Ini semua sifat manusia, tamak, degil dan dengki.

Aku pernah diajukan jikalau kita tidak punya tongkat kita tidak mampu berdiri?

Mampu, sahaja.

Kita tidak mahu ibarat kalian semua sudah biasa makan subsidi gula, minyak, dan sebagainya.

Bila ditarik pasti teriak.

Aku bosan.

Faham?

Atau faham-faham?

Kalau aku panggil kau Ah Chong kau cop aku perkauman.

Kalau aku panggil kau Ali kau kata aku ekstrimis melayu.

Kalau aku panggil kau Raju kau cop aku tidak adil.

Itu semua kelompok kalian.

Bila perang kau kata ini semua konspirasi bangsa lain.

Tapi lupa.

Sifat yang mendidik kau.

Aku dibesarkan dengan kuah dal makcik Shanti.

Aku dibesarkan dengan bas pakcik Wong.

Aku dibesarkan di bengkel pakcik Ah Kang.

Kau tahu?

Bertapa bosan-nya aku dengan sifat jelik kalian?

Tiada bangsa yang teragung, hanya agama yang terulung sahaja!

Faham?

Atau faham-faham.

Sudahlah.

Tak perlu bersatu.

Tidak akan kukuh jikalau kau punya sifat yang gelap.

Hapuskan hitam.

Sedut yang putih.

Biar terang.

Jangan gelap kan jiwa.

Jalanlah kau dengan bebas,

Supaya organ-organ kita selamat dari manusia-manusia gelap ini.

Faham?

Hentakan

Malam, tak berapa gelap.

Lampu terang.

Biru skrin masih memancar.

Lagu keudara.

Pang!

Hoi!

Terpinga-pinga.

Tak tahu menahu.

Hadiah diberi tanpa diminta.

Nasib masih bernafas.

Bangun-bangun masih bingung dan bengong untuk seketika.

Ditelan pil untuk membetulkan saraf otak yang gagal untuk berhubung dipagi hari.

Impaknya agak kuat.

Mimpi rupanya dia!

Tapi memang sakit!

Tidur semula.

Rasa hati..

Apa itu ketenangan?

Apa itu kedamaian?

Apa itu cinta?

Apa itu kegembiraan?

Apa itu kekal?

Apa itu sementara?

Apa itu gelap?

Apa itu senyuman?

Apa itu semua diatas?

Apa itu ketenangan yang mendamaikan jiwa dengan penuh rasa cinta dan kegembiraan yang kekal bukan sementara bak kegelapan yang telah ditempuhi, dihujung jalan ku dipertemukan dengan senyuman permaisuri hidupku.

Nampak baris ayat diatas?

Kata nista manusia rasis!

Celakalah kau manusia!

Menyebarkan kebencian diantara manusia.

Menyemai benih tangan-tangan gelap, aspirasi dunia maju kononnya!

Siapa kalian yang gelap jiwa?

Konon ingin membantu tetapi hanya kebencian ditebarkan.

Tiada ilmu ingin berkata, tin kosong bergema!

Memekik, menyalak-nyalak. Tetapi dia tidak tahu benda yang sama sahaja digunakan.

Bodoh sombong sesuai buat mereka.

***

Kalian tidak penat menyebar benih-benih kebencian?

Jikalau darah kalian kurang, kalian tahu darah apa yang akan dimasukkan?

Darah cina? Darah India?

Kau tahu?

Harapkan melayu ingin derma pada kalian?

Oi! Hanya guna untuk post di Facebook sahaja, hanya sifat riak didahulukan.

Mungkin darah cina, darah india yang akan mengalir dalam diri anda.

Apa kau masih rasis?

Mereka bodoh, kalau mereka rasis, apa perlu kita rasis juga?

Mahu bodoh bersama-sama mereka?

Oi.

Lihat keturunan kau dahulu,

ada darah India?

ada darah Cina?

Tak malukah simpan kad pengenalan berstatuskan "BUMIPUTERA" kalau kalian sendiri melaungkan kata-kata nista seorang manusia rasis?

Tak malukah melaung-laungkan slogan "kepelbagaian budaya" tetapi hakikatnya masih berdendam akibat 13 Mei?

Masih berdendam jikalau tahu cina sorok produk bumiputera kononnya (sebut kroni)?

Kalau kalian mahu sokong bumiputera itu hak kalian, pilihan pengguna adalah kuasa membeli. Aku juga membeli barangan bumiputera (jikalau elok kualitinya, mengapa tidak mahu sokong?) Tetapi tidak perlu selitkan kata nista menghina bangsa lain.

Hakikatnya kau masih makan kari mamak?

Kau masih hadap masakan Cina Muslim?

Kau masih minum Teh Cina?

Kenapa tak beli teh melayu? Kenapa tak hadap kari melayu? Kenapa tak hadap masakan melayu hari-hari?

Dunia hidup seksa kerana kalian yang gila dengan status bangsa kalian.

Tidak punya sifat ingin bangun, hanya tahu berjuang atas nama bangsa yang hanya ilusi akal manusia politik.

Permaninan politik manusia kalian bangkitkan dalam minda kalian.

Rosakkan minda anak-anak kecil kalian,

Panggil india itu paria.

Pangil cina itu babi.

Itu sifat kau?

Malu la sikit, punya pegangan AGAMA yang TERHEBAT.

Akal serupa teroris! Istilah malaysianya pemberontak.

Bentaklah akal kalian itu dengan cerita dongeng yang menaikkan amarah itu.

Buang jauh-jauh akal yang Tuhan bekalkan sejak dari lahir itu.

Campak jauh-jauh hiduplah kau seperti binatang yang bertebaran mencari mangsa hanya untuk hidup.

Itulah selayaknya.

Jangan kau laungkan Takbir kepada Tuhan kau,

Kerana kau masih gagal menyebarkan "kasih sayanganNya"

Kerana kau gagal mengikut manusia yang paling hebat didunia.

Kau cabutlah syahadah dari lidah kau itu.

Kau bakarlah Al-Quran didalam jiwa kau itu.

Kau hapuskan As-Sunnah didalam daging-daging kau itu.

Layakkah kau untuk hidup sebagai manusia yang berperikemanusiaan di dunia ini?








Kerana...
Kau hanya manusia rasis.

Si Kecil

Nukilan ini aku tulis untuk tatapan mu wahai permaisuri kecil ku tika kau besar nanti.

***

Pertama kali aku menatap jasad kalian, hanya kecil.

Tidak lepas dari paras pinggang aku.

Ringan.

Masih senyap.

Hari berlalu hari.

Bengis aku hanya ilusi optik kalian, cuba faham ia untuk kalian membesar.

Marah aku hanya untuk mendidik kalian.

Aku tidak mahu kalian hanyut ibarat sampah-sampah ibukota yang berpeleseran di kompleks-kompleks besar.

 Noktah.

***

Kadang-kadang kasar itu amarah yang cuba dikawal, perlu faham manusia ini bukan malaikat. Punya amarah dan hasutan syaitan.

Tercubit sedikit, terpiat sedikit, maaf dipinta.

Tapi sedalam-dalam hati ini aku hanya mahu lihat kau membesar jadi manusia yang berjaya.

Aku tak pinta segala balasan, hanya aku mahu kasih sayang kalian itu tidak putus sampai bila-bila.

Mungkin tatkala kalian sudah dewasa, aku tidak dapat memangku kalian lagi.

Mungkin tatkala kalian sudah dewasa, aku mungkin bukan keutamaan kalian lagi.

***

Kerana aku hanya, manusia biasa.

Kalian boleh hantar aku ke rumah orang tua kalau kalian mahu, tiada bantahan kerana aku lebih gembira dari kalian mengabaikan aku.

Sejuk...

Tenangnya jiwa ibarat siang dikicau dengan siulan burung-burung yang bertasbih.

Seronoknya jiwa, kini kasih sayang dikongsi bersama.

Tiada haram halal semuanya.

Kini teriak gembira rumah tiada senyap hanya terpancar kegembiraan.

Ramadhan disambut dengan gembira,

Ibarat esok hari kemenangan pula.

Apa lagi yang dicari?

Hanya redha mu Allah.

Penyakit kau-aku

Kini masyarakat kian parah dengan pelbagai penyakit otak, hati, jiwa.

Gelap jiwa.

Meratap malam.

Banjingan kau.

Ah! Lega.

***

Jujur aku lihat dengan kepala mata yang terduduk rapi dibahagian tengkorak kepala aku ini, terlalu ramai yang punya penyakit kau-aku.

Penyakit kau-aku ini sejenis penyakit yang anjing pun tak mampu jilat untuk membersihkannya.

Nampak bertapa najis penyakit ini?

Sebab aku lihat,

Ada segelintir manusia ini, mereka terlalu taksub dengan perbuatan yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.

Apa yang dilakukan itu ibarat satu KEMENANGAN! Macam menang pingat emas!

Wuuu-ohhh!!

Bangga sungguh! yang kau boleh lakukan sesuatu, tetapi jikalau orang punya sesuatu itu (dibeli, harga mahal mungkin?) dihina.

Tapi dia sendiri yang membantah sebarang bentuk penghinaan.

Alih-alih dia juga menghina secara tidak langsung.

Kalau lihat tidak la sehebat mana pun hidup manusia begini, merasakan dia yang betul.

Yang kau hina pandangan atau kencederungan parti politik orang lain itu tidak pula diambil kira?

Habis satu keturunan kau hina.

Tak ke bangang tu?

Kau rasa parti politik kau hebat?

Ha tu.. tgh syok bikin "party" kerusi.

Tak sangka beb orang pandai punya parti suka main sama kerusi!

Wuuuu-ohhhh!

Aku hina tak boleh beb!

Gila dosa besar bak ang!

Kau tak apa, maksum.

Jangan usik orang lain.

Dia suci!

Tiada kesalahan!

Wuuuu-ohhh!!

Kau sedar tak perbuatan bodoh mereka tu?

Siapa nak nasihat?

Acik lu?

Disebabkan ada sesetengah masyarakat yang prihatin, kami bersuara.

Kalau bala datang menghinggap, takkan ada pengecualian!

Tuhan sapu semua!

Kenapa?

Sebab masyarakat macam kau jenis tak kisah, tak boleh jentik, tak boleh tegur kesilapan kau.

Hina konon..

Podah!

Orang macam kau ni la, spesis yang bukak tingkap kereta lontar sampah.

Orang macam kau ni la, spesis bukak tingkap kereta main buang bara rokok tak pandang orang belakang.

Orang macam kau ni la, spesis bawak kereta macam kau tengah bawak orang nak beranak, kau ingat kau bawa ambulans?

Orang macam kau ni la, makan dengan McD sepah-sepahkan meja, tiada sivik! Cubalah bersihkan lepas makan.

Oh!

Kau boleh beb!

Jangan orang lain!

Cuba la pandang pada satu sudut apa yang disampaikan itu berisi.

Ini tidak, bebal nau!

Mak bapak suruh pergi sekolah belajar Bahasa Malaysia, kau lari pergi main snooker.

Ha...!

Dah besar akal pun sebesar bola snooker.


Akal dan langkah..

Pernahkah kita terfikir, seiring-kah kedua-dua perbuatan ini selari?

Mengapa amat susah sekali ia mahu seiring selangkah dengan akal yang luas ini?

Mengapa kita fikir, tetapi tidak melakukan ia?

Mengapa kita bnuat suatu perbuatan itu kadangkala ia nampak bodoh dimata akal kita?

***

Berapa ramai yang sedar setiap perbuatan manusia lain itu bersangkut paut dengan kehidupan kita?

Setiap kata-kata itu boleh mengubah setiap saat manusia bernafas.

Sedarkah kita?

Berapa besar impak setiap baris kata-kata itu adalah satu "turning point" untuk kita berubah.

Dari baik kepada jahat, dari jahat kepada baik.

Mungkin setiap ayat itu kadang kala tumpul pada akal manusia lain...

Mungkin ia terlalu tajam buat manusia yang tahu ia salah.

Apakah akal atau nafsu kita yang menolak setiap baris itu?

Kita tahu.. ia baik.

Kita tidak mahu terima.

Itu nafsu.

Itu ego.

Itulah manusia.

Unik pada setiap perbuatan itu melambangkan kita masih manusia.

Tetapi kita lupa, mengapa kita masih dibenarkan Tuhan jikalau ia tidak elok?

Ia sudah tertulis, cuma kita diberikan akal dan rujukan agama untuk kita berpaling pada kesalahan itu atau kita hanyut, ia dizinkan oleh-Nya, tetapi tidak diredhai-Nya.

Kita diberi pilihan (masa bila pula? Tanya manusia)

Kita diberi pilihan iaitu "akal" untuk berbicara pada setiap perbuatan kita itu, kau mahu manusia jadi seperti robot?

Ada dari sesetengah manusia mereka terlalu negatif dengan setiap kata-kata manusia lain, jikalau ia berbaur negatif sudah tentu lagi teruk akal dungu mereka itu memproses baris kata itu.

Kesian aku lihat mereka.

Cuba mengadaptasi kehidupan yang mereka sangkakan "usaha" walhal ia satu jalan mudah untuk mempengaruhi manusia lain dengan kata kunci "dunia".

Mereka mahu dilihat seperti pejuang kehidupan.

Tetapi jijik, dan berbaur hamis.

Cuba meninggalkan kesan, digilap dengan udara bumi yang segar ini.

Gelap jiwa kau umpama malam, mengharapkan bulan menerangi.

Apa jiwa kau perlukan lampu suluh?

Pergilah cari.

Baris kata aku kadangkala tajam buat manusia lain, aku mahu mereka berfikir, bukan hidup seperti binatang yang melakukan rutin yang sama acap kali.

Kita ini unik, punya akal, punya fikiran, punya agama.

Didik jiwa itu supaya setiap baris kata manusia itu berharga walau mereka mencaci maki.

Ia buat kita faham ia perlu atau tidak untuk kita melangkah kejalan itu.

Ia buat kita faham bahawasanya hidup kita ini satu barang yang sungguh berharga!

Kau tahukan ianya dipinjamkan sementara pada kita?

Bantu mereka untuk selari dengan akal mereka.

Jangan gelap sebab dunia.

Kerana sekejap lagi pasti siang memancar ke muka.

Siapa Kita?

Jujur lidah berbicara, hanya dongeng yang bersuara.

Gembira manusia menari, ditipu oleh ilusi mata.

Percaya kepada perbuatan, hanya lidah memaki.

Kalut akal menyusun kata, belit lidah terbelah dua.

Kalau asyik diulit mimpi, bila dicubit tersedar bangun dari syurga.

Lupa kaki melangkah kealam neraka, kita lupa.

Menyusur dunia dengan jongket-kan kaki kecil.

Parit dilangkah badan dihenjut.

Tubuh tersadung hanya impian.

Kita...

Masih terhenti dengan kata-kata akal.

Kita...

Masih berbisik dengan naluri jiwa.

Kita...

Masih gugup meredah dunia.

Siapa kita?

Hanya manusia hina.

Mencari cebisan hidup yang entah bila hendak disambungkan.

Siapa kita?

Hanya manusia hina.

Berbakti kepada Penciptanya.

Siapa kita?

Hanya manusia yang ligat berkata-kata dengan akal yang kosong.

Punya fakta, masih kosong.

Kerana...

Akal kita masih kecil berbanding dunia.

Kita.

Hanya bintang yanng bertaburan diangkasa.

Kita.

Hanya manusia.

Catitan Untuk Manusia Bebal...

Tika kecil, merangkak menangis mahu bahu ibu.

Pabila besar, merangkak menangis mahu menyusahkan ibu.

Tika kecil, berguling menangis mahu  mainan.

Pabila besar, berguling gembira keranan khayal.

Tika kecil, perut lapar tangan ibu menyuap.

Pabila besar, tiada tangan untuk suap sampai makanan tiba terbang dari angkasa.

Tika kecil, di-ta-tih berjalan.

Pabila besar, sampai tak nampak kelibat pintu dimata.

...

Itulah dunia manusia hiba yang terpekik dalam ilusi mereka. Mencari kehidupan, tetapi sesat entah hingga hujung dunia 20 dimensi mereka.

Tiada syukur.

Tiada menikmati kehidupan sekecil zarah.

Mereka lupa atau mereka tidak mahu tahu berapa besar zarah yang setiap manusia lontarkan itu?

Mereka lupa bahawasanya orang tua mereka itu kudrat mereka dihakis hari demi hari.

Kau lupa?

Apa kau ingat tulang empat kerat itu mampu untuk membanting seperti kau masih kecil lagi?

Berikan mereka kegembiraan yang telah mereka berikan pada kau sejak dari kecil lagi.

Bukan kau berikan mereka beban untuk mereka tangisi!!

Anak durhaka!!

Jangan dibakar diri kau.

Jangan dihanyutkan diri kau.

Dengan ilusi duniawi yang kau sendiri tahu ianya salah.

Ramai manusia yang masih menyepikan bibir-bibir mereka.

Jangan biarkan ia terlepas ibarat peluru senapang patah.

Berterabur!!

Bersepah!!

Jangan kau salahkan takdir kau.

Kau yang pilih untuk berjalan sebegitu rupa.

Ia berubah tatkala kau pilih untuk langkah keluar dari dunia gelap itu. Tak perlu sepetkan mata kau untuk lihat bertapa terangnya cahaya itu.

Jangan kau mengomel setiap halangan yang tiba.

Mulut itu kunci rapat.

Hanya anggota badan dan akal yang perlu digerakkan.

Alasan hanya membunuh manusia.

Malas hanya selimut ketakutan.

Untuk manusia bebal macam kau.

Kejam jari aku lebih kejam kau yang sejengkal dari neraka yang kerap menitiskan air mata insan yang patut kalian gembirakan.

Dunia ini lebih indah jikalau nafas kalian itu tidak wujud mungkin?

Fikirkan...

Dengan akal yang lurus, bukan dengan otak yang songsang.

Kerana kau manusia, bukan binatang.

Waras bukan?

Secebis harapan...

Secebis harapan, mengerumit badan yang terang.

Gelap memancar dengan seribun harapan.

Menari-nari dalam kedinginan.

Tika kegelepan, sayu diri bertanya.

Bila waktunya?

Bagaikan anak kecil meminta mainan.

Aku juga ingin daging ini terpisah.

Menjadi cebisan diri aku.

Melihat tapak kaki kecil menari-nari didunia nyata.

Bukan ilusi siang hari.

Secebis harapan,

Yang aku inginkan, pohon dariku.

Tunaikanlah kalau sudah tiba waktunya.

Jikalau masih jauh,

Berikanlah aku kegembiraan yang tiada hentinya.

Kerana harapan ini tidak akan padam.

Sehingga,

Darah aku dipisahkan menjadi daging.

Sebelum kubur memamah diri aku.

Satu...

Satu detik,

Ia berubah...
dari gelap menjadi indah..

Ia sempurna...
dari cacat menjadi lengkap..

Ia terang...
dari gelap terbit sinar mentari..

Ia adalah satu saat, satu detik, satu impian, yang tiada tolok bandingnya.

Ia datang dalam keadaan yang sempurna, pada waktu yang sempurna.

Tangan tidak tahu mengapai, tetapi ia melekat ditelapak tangan.

Ia bagai debunga membawa benih berterbangan entah kemana, kita tidak tahu.

Tetapi...

Ia mendarat pada tempat yang sempurna dan tepat pada waktunya...

Ia berbunga..

Seperti dibayangkan,

Mekar!

Tangan ini hanya perlu siram supaya ia subur, dan kekal subur selamanya.

Impian ini hanyalah tangisan lampau.

Yang diimpikan oleh manusia kecil.

Kini ia membesar dengan sempurna!

Tanpa zat-zat dari tulang-tulang manusia mati.

Ia dari zat-zat bumi yang disuap melalui rongga badan manusia.

Ia...

Adalah satu takdir dibalik akal manusia,

kerana ia adalah.

Zat yang dihadiahkan dari Tuhan aku.

Dari dalam.. ia bersuara

Alunan kata akal kadang kala ia tidak selari dengan kemahuan, kehendak mahupun keperluan.

Apa yang kita mahu hanya ilusi yang kononnya ia adalah sempurna dimata kita.

Akal berkata-kata, wahai manusia...

IA SEMPURNA!

Aku pasti..

IA SEMPURNA!

Mula bergelora nafsu memberontak kerana ia tiada dihadapan mata kita, kerana kita anggap ia keperluan.

Tetapi langkah tetap sifar.

Berat, dan hanya tahu berkata-kata dalam diam.

Ia tidak sempurna.

Ia tiada tindakan.

Kalau mahu, kita lompat.

Didalam keadaan, pasti akan datang segala idea-idea.

Idea bijak mahupun kurang bijak, ia boleh ditapis.

Tetapi jikalau berkata-kata dengan hati.

Aku tidak tahu.

Ia ibarat mencari emas di lautan hindi!

Mahu terjun bersama?

Mari!

Tiada gentar, jikalau maut menanti disana.

Cuma aku takut, matinya diri ini keseorangan tanpa teman.

Susun kata menjadi pemicu bibir.

Berhati-hati jikalau berdiskusi dengan jiwa.

Kerana bumi tidak selari dengan kehendak kita.

Kerana...

Ada yang lebih baik menanti.

Jikalau mahu aku menjadi tulang belakang mu.

Jangan dihancurkan amanah yang kita gendong ini.

Jikalau mahu aku menjadi cahaya mu.

Jangan dilindung matahari ini.

Jikalau kau mahu kekal menjadi permaisuri ku.

Jangan kau bangun dari takhta kau.

Buang ilusi optik mu itu.

Jangan tertipu dengan mainan dunia.


 

Tadahan...

Telapak tangan diluaskan, untuk menerima..

Lupa ditutup melimpah jatuh tanpa disedari..

Akibat dari tumpahan itu mereka lupa apa yang mereka telah terima...

Mereka hanya tahu membezakan apa yang telah diterima dengan manusia lain...

Mereka lupa utk membalas senyuman dan kegembiraan manusia lain...

Nikmat itu akan ditarik jikalau mereka lupa...

Tetapi mereka tetap lupa...

Yang terkesan...

Hanyalah manusia seperti aku yang memberi.

Yang sedih...

Hanyalah manusia seperti aku yang memberi.

Yang bersalah...

Tetap aku.

Selama-lamanya.

Definisi "Forever Yours"

Pertama kali, aku menatap raut wajah kau pada tanggal 24 Mac 2013, secara nyata ia membawa seribu perubahan didalam hidup aku. Ia ibarat satu renjatan yang melampaui akal seseorang manusia, ia rasa seperti terbang tanpa sayap, ia rasa seperti jatuh tanpa rasa sakit, ia seperti berjalan tanpa kaki, ia rasa seperti bernafas tanpa angin, ia rasa seperti mandi tanpa air, ia rasa seperti minum tanpa air, ia rasa seperti beperluh tanpa peluh, ia rasa gugup tanpa menggeletar, ia rasa seperti senyum tanpa batas lirikan bibir, ia rasa seperti dilanggar tanpa rasa sakit, ia seperti luka tanpa darah.

Logika akal tidak lagi dianggap satu fakta atau perkara solid yang perlu dipeggang mahupun difahami secara mendalam.

Kerana pasti tiada siapa yang faham.

Kalian tidak perlu memahaminya kerana aku simpan rasa ini untuk selama-lamanya. Hanya maut yang boleh mengubur rasa ini. Dan, ia akan dibangkitkan semula tatkala kaki ini melangkah kesyurga, tatkala itu kau adalah bidadari syurga aku.

Bertapa pedih hentakkan hanyalah sandiwara dunia yang aku tahu ia sementara, pasti yang kekal tiada kesakitan hidup yang penuh pancaroba ini.

Kerana aku tahu kaki ini akan tegap/kukuh/tidak goyang berdiri disamping kau.

Aku tidak pinta yang bukan-bukan,

Hanya..

Jagalah diri aku sebaik mungkin, kerana kau akan merasakan satu kehidupan yang penuh dengan kasih sayang yang tidak mampu dicapai oleh akal kau.

Kerana...

Aku hanya satu.

Langkah?

Mengorak langkah seorang manusia normal, telapak kaki dipusingkan cuba untuk jalan terbalik.

Tiada manusia yang berjaya, kerana perjalanan ia adalah mustahil.

Apakah engkau mahu jadi seperi memori yang ditinggalkan. Apakah ia adalah sebahagian dari cita-cita kau untuk mengembalikan zaman kegelapan aku?

Apakah ia salah satu dari percaturan yang membangkitkan susana yang tegang supaya kau boleh menyelusup kedalam cerita lama?

Apakah dengan menoreh semula luka, duka kau akan diubati?

Apakah dengan terhentinya jantung ini baru puas hati kau?

Siapa aku yang lalu?

Aku hanya manusia yang senantiasa menahan duka-lara. Apa tiada ruang untuk aku bahagia?

Aku hanya manusia yang membawa diri ke-alam lain. Apa tiada ruang untuk aku bahagia?

Aku hanya manusia yang gemar berkata-kata dialam maya. Apa tiada ruang untuk aku bahagia?

Kau mudah lupa.

Hanya yang perit menjadi ingatan, itu kemahuan kau. Kini aku diheret dengan kisah silam aku.

Bangkitkan segala-galanya, lepaskan aku kelubang yang paling dalam jikalau itu membuatkan hati kau gembira.

Biarkan aku kembali dalam dunia yang gelap.

Masih mencakar dinding-dinding gelap mencari kebahagian, cuba untuk senyum supaya ia nampak palsu dimata manusia.

Mereka tidak akan kisah, kau pun tidak akan kisah.

Apa yang kalian mahu adalah kepuasan hidup tanpa memikirkan kemahuan dan kesakitan manusia lain.

Ia normal sebagai seorang manusia bukan?

Kau mahu dilimpahkan dengan pelbagi janji dunia, kau mahu berenang dengan lautan kebendaan tanpa mengira perit derita mencari kehidupan yang sedia ada bukan?

Apa kau pernah baca setiap nukilan yang dicoretkan dengan akal yang lurus?

Kata-kata ini hanyalah ilusi seorang manusia yang gemar berkata-kata, kau tidak akan faham.

Aku tidak pernah minta sesiapa untuk faham setiap nukilan ini.

Kerana...

Kau tidak akan faham, siapa aku.

Kerana hidup senantiasa bersebab, setiap langkah aku bersebab.

Sama ada ia adalah subjektif atau berobjektif.

Ia mudah bagi aku.

Tetapi tidak manusia lain yang cuba menyelam hidup aku.

Ia indah kerana keluarga aku faham senyuman ini.

Kau mahu tahu?

Pasti kau tidak mahu tahu, kerana kau hanya tahu setiap langkah aku ini adalah penuh dengan keindahan hidup.

Kalau ia semudah itu, aku tidak akan berdiri bersama-sama dengan kau.

Kalau ia semudah itu, aku tidak akan mencintai kau.

Kalau ia semudah itu, aku pasti tiada dalam kamus hidup kau.

Apa yang kau mahu?

Kau mahu lihat aku menderita semula.

Cuba buat perkara yang sama, aku boleh karangkan skrip dia untuk kau lakokan semula.

Aku boleh tahan..

Tetapi sehingga satu tahap.

Ia sama detik pada waktu aku mula mengenali kau.

Detik itu lah cerita lama aku terhenti.

Kerana aku tahu kehidupan yang seterusnya adalah bersama kau.

Bukan bersama cerita lama aku.

Kau mengerti?

Gema

Hari demi hari, jiwa diselaputi dengan kasih sayang yang bertalu-talu dicurahkan dari pelusuk deria yang wujud.

Syukur dipanjatkan setinggi-tinggi tiang bumi, tiada suara tiada kata-kata yang mampu dicurahkan, dicalitkan diatas kertas-kertas putih.

Apa yang mampu aku lakukan, hanya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Selingkuh itu kadang-kala ia perlu utk aku sedar dari keenakkan dunia,

seketika,

tidak perlu lama.

Nanti berkulat.

Gendang dipalu hingga gema memakan ruang-ruang bumi,

Melingkar urat-urat badan mengerah segala kudrat untuk mencurahkan segala kasih yang ada.

Cuba fahami,

Jangan cuba telan, kunyah sudah memadai.

Rasai segala nikmat yang sementara ini.

Kerana kita bakal pergi.

Kerana itu aku bekalkan memori ini buat kau.

Pulanglah...

Terbang kau tinggi, ia sementara.
Besarnya engkau hilang tanpa berita.
Lajunya engkau kini tidak kembali.
Bertali arus kami merayu kau kembali.
Kau ibarat nyawa kami.
Kau ibarat harapan besar kami.
Kami juga takut.
Kami menadah tangan memohon pada yang Esa.
Kami tidak mahu dengar, lihat mahupun baca apa sahaja bentuk kecelakaan yang kau alami.
Tangisan kami tidak cukup untuk memanggil kau pulang.
Tangisan mereka juga sepi dibaham terik panas.
Kami kerah kudrat kami demi kalian.
Pulanglah...
Kami hanya mahu dakap berita yang indah.
Kami tidak mahu tangan kami ini lusuh menyambut jasad tidak bernyawa.
Kerana kami lemah.
Mereka juga lemah.
Kami punya semangat yang kecil, kami bekalkan untuk kalian disana.
Aku hanya mampu berbicara, dan berdoa.
Hanya yang Esa mampu kabulkan doa ini.
Pulanglah...

Arus

Nafas ini tidak akan terhenti selagi udara bergelora dirongga-rongga hidung ini.

Hijau air berkocak dijadikan santapan mata dipetang hari, kaki tidak larat berlari hanya duduk yang mampu dinikmati.

Rumput luruh dihidu, panas mematikan mereka. Awan gelap manusia masih berlari, apa tujuan mereka menjadi persoalan diminda. Peluh tidak kelihatan hanya gelak tawa mereka kedengaran.

Cuba mengamati persekitaran penuh manusia, akal direhatkan supaya amarah tidak memamah badan aku.

Dedaunan hijau jadi tempat aku berteduh. Tempat ini bermula segala detik indah aku. Tidak pernah lekang dari manusia kotaraya.

Ia kekal sama, tidak pernah berubah. Hanya manusia yang berubah, mereka tua mereka mati. Aku masih menikmati senja merah ini, berganjak kemudian waktu, menunggu reda jiwa mungkin lewat akan tiba.

Ia kekal sama, jiwa tidak pernah berubah, ia kekal sama tatkala mata aku menatap wajahmu.

Ia indah, dan kekal indah hingga bila-bila.

Jikalau aku mampu putar waktu itu, aku tidak mahu kembali pada waktu itu, aku mahu ia kekal sebagaimana ia kekal dengan memori indah.

Kerana waktu ini sudah cukup indah untuk aku rakamkan, mungkin aku tidak mampu menampung segala memori.

Aku tidak mahu kembali, aku tidak mahu ia berubah.

Biarkan ia kekal indah selama-lamanya.

Peralihan

Satu malam gelap gelita lampu menerangi bilik yang tidak henti meratah mata manusia.

Tidur dijadikan makanan ruji manusia lebihan memamah diri hingga menuju kematian, lebihan berat menjadi tanda tanya mengapa ia naik tidak pula turun.

Lantai menjadi medan peperangan baju-baju kotor, bergaduh mereka menghempap diantara mereka. Siapa yang kalah itu bukan persoalan. Tidur mereka diatas lantai yang sejuk sudah menjadi lumrah buat mereka.

Kamar tidur adalah jantung, jiwa, dan nyawa manusia. Kelam kabut petak itu kabutlah jiwa mereka. Mata ini tidak pernah berhenti melihat. Akan kerana kita ini punya kandungan gula yang berlebihan memberikan impak kepada badan kita untuk memahami apa itu malas.

Terlalu selesa menjadikan kita tidak mahu bergerak, tidak mahu berubah. Alasan dijadikan tembok hidup dari menghalang merealisasikan kemahuan yang disimpan jauh dihujung dunia.

Letih mulut bergerak dalam nada yang tajam, begegar otak menahan amarah yang cuba dipijak hingga kepelusuk yang paling dalam.

Bergerak dari satu tempat hingga kesatu destinasi adalah keperluan hidup, melihat manusia mengejar hidup pagi adalah kemahuan.

Kita perlu berubah demi menikmati satu kehidupan yang lebih enak untuk dinikmati bersama.

Kalau tidak mahu, ia adalah hidup yang sia-sia.

Penglipur lara...

Sahaja aku mahu bercerita, dunia ini mungkin sejuk, dan  mungkin panas terik.

Habis kepala dirabak, dicarik-carik!

Hoi!

Celaka kau wahai terik.

Panas marah menghempas dunia gelap.

Mari aku terajang kau wahai sejuk!

Berlari manusia takut akan kau, hebat bukan?!

Hujan datang menyelamatkan keadaan...

Lenturkan diri, menari-nari manusia didalam hujan yang lebat.

Ibarat cerita dongeng hujan naik dari permukaan bumi lalu jatuh ke langit.

Tegedek-gedek si anak kecil berjalan, mentari menyinar petang yang tenang.

Jalan

Bintik putih dari gelap malam, kelip langit membasahi jalan hitam.

Hijau daun kini gelap, malam tiba bulan sakit merajuk kehujung dunia.

Alunan suara dicorong-corong telinga, menimbulkan bintik putih yang terdampar di ceruk putih itu.

Jikalau ingin berlawan, langkah kekal kaku hanya mati menunggu tiba.

Patah beribu tidak akan dicantum semula, rosak jiwa manusia gelap.

Duduk keseorangan menunggu halusinasi menjemput tiba.

Berlari anak hingga kau tidak nampak hujung jalan itu wahai anak!

Tangis tidak akan didengar, lalakkan tidak akan dihiraukan.

Berdirilah kau diatas kaki sendiri.

Tiada manusia akan menoleh menatap wajah kalian.

Hembus nafas itu!

Hembus lagi!

Hingga kau bernyawa!

Terbitlah kau didunia ini.

Kerana aku sedang menunggu.

Kembali pada kosong...

Safar...

Ia kosong, lohong yang melompong. Ia indah dari sebatang pena yang memercikan dakwat-dakwat hitamnya. Kikis jiwa ini sampai berdarah-darah.

Kosong...

Ia bermula tatkala aku mula mengosongkan jiwa, ia hadir dalam keadang yang ribut, ia ibarat ubat penenang yang menampar kata-kata kesat yang telah lama aku lemparkan. Maut tidak akan tiba jikalau ia tidak dijemput. Hati ini tidak mungkin akan kosong selama-lamanya.

Sudah letih jari ini mencarik-carik dinding kayu itu, ranap punah dan musnah semuanya! Tiba seorang manusia yang kini mengubatnya, jari ini haus dimamah kayu-kayan! Kini dibelai manja ibarat manusia yang tidak pernah kenal erti syurga dunia.

Safar...

Ia permulaan untuk dunia aku...

Ia pengakhiran derita dunia yang aku kejar selama ini.

Kosong tidak bererti ia hilang atau lesap.

Kosong tidak bermakna ia tiada didalam jiwa.

Kosong tidak bererti ia tidak mempunya erti.

Safar...

Ia pengakhiran hidup yang gelap aku, kosongnya diri ini untuk menjemput dunia baru aku. Menjemput permaisuri hidup aku, menjemput rusuk aku yang aku kejar selama ini.

Kosong...

Penat atau letih tiada dalam kamus hidup aku, penat kerja aku tidur, penat lari aku tidur, penat hidup tiada erti buat aku. Terus itu pasti, hadap itu perlu.

Bermulanya hidup ini tidak akan aku toleh lagi, belakang itu tidak dapat aku capai sampai bila, tatkala aku kurus mahu pun gemuk, ia tetap sama. 

Gelap sudah tiada.

Kosong sudah berisi.

Duka sudah gembira.

Terubat jiwa sudah terbang tinggi tiada henti, jatuh sudah tidak sakit.

Kini bahtera sudah berlayar kelautan, menunggu tiba badai menghentam kapal ini. Kelasinya tidak akan mati. Lemas bukan pada maut.

Kini..

Kosong perlu diisi menjadi satu, dua atau selanjutnya.

***

Ceritera dongeng yang dikarang sudah dijadikan arkib!

Apa lagi yang perlu aku kejar?

Syurga yang hakiki...

Popular Posts

Labels