Akhir...

Setiap jalan pasti punya penghujung.

Setiap simpang punya pilihan.

Setiap selekoh tidak lurus.

Setiap terusan punya lubang.

Setiap pengakhiran pasti punya hentian.

***

Setiap destinasi punya keinginan untuk sayap dilebarkan, hentian hanya persinggahan kaki perlu menapak lebih jauh. Supaya mata punya harapan untuk melihat cahaya baru.

Kita ketuk gelombang, berterabur bulatan-bulatan menghampiri dengan titik tengah.

Kita marah!

Kita marah!

Kita hampa!

Kita mengharap!

Macam dunia ini ditulis oleh jari kau, kau manusia hina mahu duduk di Arasy?

Mustahil manusia gelap!

Mustahil!

Mustahil!

Sejenak kau lihat kebelakang memori berputar ibarat filem lama yang hampir putus! Skrin mengerutu bergaris-garis cerita disambung. Plot-plot sampah bergelimpangan menanti lori berlendir mengutip cebisan cerita hidup.

Itu bukan hina!

Itu realiti!

Kita hadap hingga akhir, pasti liang lahad kekal abadi.

Kita berhenti, hirup udara kotor.

Kita tersedak, air mata jadi pelindung.

Kita paksa tangan mengesat.

Jari menutup mata.

Kembali gelap.

Jiwa kalian tenang.

Itu bukan dunia!

Itu hanya ruang.

Duduk sejenak, dua tiga detik kembali bergerak.

Kerana ini adalah kenyataan!

Yang kau masih hidup.

Untuk apa digusarkan.

Tangan kasar ini akan tetap menyambut engkau hingga akhir cerita ini.

Selamat Hari Lahir Wahai Permaisuri ku...

Memori...

Dari hitam berubah menjadi terang..

Perasaan...

Dari hiba berubah menjadi gembira..

Kehidupan...

Dari satu berubah menjadi enam.

***

Tiada dunia yang kekal terang.

Tiada dunia yang kekal malam.

Tiada dunia yang kaku.

Tiada manusia yang hidup tanpa darah mengalir.

Tiada udara yang kaku diluar ruang vakum.

Tiada apa yang kekal jikalau ia tidak disatukan.

***


 Kalau ia adalah satu perasaan yang dapat digambarkan akan aku lukis ia di atas kanvas.

Kalau ia adalah satu perasan yang boleh dimelodikan akan aku alunkan ia di corong radio.

Ia akan tetap KALAU selamanya.

Ia akan tetap kekal sebagai abstrak didalam akal aku.

Ia akan kekal menjadi satu dunia yang indah.

Bersimpang siur, penuh dengan cerekarama, penuh dengan tawa, penuh dengan air mata.

Ketenangan itu tidak dapat dicapai jikalau kita tidak mampu meredah onar dunia.

Kegembiraan itu tidak akan dapat dicapai jikalau kita gagal melangkah kesedihan bersama-sama.

Tiada jalan mati untuk cerita ini.

Ia akan kekal sambung hari demi hari.

Selagi kau bernyawa, jantung aku akan tetap berdenyut.

Selagi tangan kau bernyawa, selagi itu darah aku akan menyelimuti kau.

Selagi nyawa ini bernafas, selagi itu ia akan tetap memeluk roh kau.

Tetapi kita jangan lupa.

Kita akan mati satu hari nanti.

Maka dengan itu.

Carilah aku disyurga nanti.

Aku tunggu kau disana.

Wahai PERMAISURI-ku

Popular Posts

Labels