Keberantakan

Keberantakan...

Seorang manusia yang hilang tempat bergantung, tidak punya siapa yang boleh memandu kehidupannya.

Hatinya gundah-gulana!

Kecamuk!

Direntap kasih sayangnya, hilang dimamah oleh durjana manusia.

Hidupnya dipandu oleh manusia hitam!

Hidupnya diarah oleh jari yang nista!

Kalut dunia dia gelap.

Gegak gempita diasak oleh bunyi-bunyi dunia yang kejam!

Mati diasak oleh manusia durjana hingga tidak punya nafas untuk berbicara.

Dimana keadilan untuk manusia seperti ini.

Dulu..

Dia punya waktu untuk ketawa, ia direntap.

Dia punya waktu untuk senyum, ia direntap.

Ketika ini.

Muncul adiwira yang membawa kegembiraan.

Untuk seketika.

Walaupun ianya seketika.

Cukup untuk meredakan hati yang berantakkan.

Kerana itu belum cukup untuk menutupi kisah gelapnya.

Kerana nafas masih bergerak.

Ketika darah masih mengalir.

Jiwa ini masih panas.

Di jerit!

ARGHHHHHHHHHHHHHH!

Habis!

Noktah.

Mungkin ia tidak berakhir disini?

Wahai manusia.

Hiduplah kau dengan gembira.

Kerana itu adalah kehidupan kalian.

Apa yang kau mahu, ianya hanya didepan mata.

Maka dakaplah.

Se-eratnya.

Jangan dilepaskan saat itu.

Kerana ia tidak akan bisa diulangi.

Sukma ku.

Jangan cuba singkirkan apa yang telah dilalui.

Kerana kenyataan itu lebih perit kalau ia dipendam.

Dunia..

Tidak akan pernah henti dari membunuh jiwa mu.

Kalau dunia itu?

Di permukaan..

Kita semua seakan berlari teguh diatas muka bumi.

Kita jatuh beralaskan bumi yang lembut.

Yang sebenarnya..

Berantakan hidup kita.

Jiwa berkecamuk.

Cuba untuk lari dari realiti kehidupan yang kacau bilau.

Cuba untuk lari dari hiruk pikuk bunyi bising bumi.

Mencari kesempatan untuk bernafas untuk seketika.

Celaka ini semua!

Siapa kita wahai bumi?

Menanti masa untuk dimamah tanah!

Menanti masa untuk dimamah ulat!

Wahai Si Pencipta ku.

Beri aku sedikit masa.

Untuk menikmati hidup ini.

Kalau langit itu?

Kalau realiti itu tidak berpandukan ilusi.

Dimana letaknya langit?

Aku kata ianya di kanan tangan aku.

Kalau realiti itu berpandukan ilusi.

Dimana letaknya perasaan?

Aku kata ianya terletak pada mata ku.

***

Kalau langit itu cerah.

Maka kita dongak ke atas.

Kita nampak awan?

Kita nampak burung?

Tapi apa yang ada pula dihadapan?

***

Seratus tahun aku mencari.

Satu tahun aku berlari.

Tujuh tahun aku tersadung.

Cuma tiga bulan aku kembali sempurna.

Berapa lama aku mencari itu dongengan usia aku dibumi.

Kau peduli apa yang kau baca?

Sudah aku katakan realiti itu berpandukan ilusi diawalan.

***

Kalau memilih, pasti sempurna yang dicari.

Bila cacat-cela datang menjelma, kita marah.

Kita tolak hingga jatuh.

Jangan!

Aku gariskan satu garis lurus untuk kau gerak.

Bagaimana kau meniti tidak mengapa.

Pastikan destinasi terakhir adalah titik pengakhiran garisan itu.

Kau jatuh,

Aku akan sambut kau.

Kau terbaring,

Aku akan tarik kau.

Jangan risau.. aku akan tetap bersamamu hingga akhir hayat.

Popular Posts

Labels