Akhir...

Setiap jalan pasti punya penghujung.

Setiap simpang punya pilihan.

Setiap selekoh tidak lurus.

Setiap terusan punya lubang.

Setiap pengakhiran pasti punya hentian.

***

Setiap destinasi punya keinginan untuk sayap dilebarkan, hentian hanya persinggahan kaki perlu menapak lebih jauh. Supaya mata punya harapan untuk melihat cahaya baru.

Kita ketuk gelombang, berterabur bulatan-bulatan menghampiri dengan titik tengah.

Kita marah!

Kita marah!

Kita hampa!

Kita mengharap!

Macam dunia ini ditulis oleh jari kau, kau manusia hina mahu duduk di Arasy?

Mustahil manusia gelap!

Mustahil!

Mustahil!

Sejenak kau lihat kebelakang memori berputar ibarat filem lama yang hampir putus! Skrin mengerutu bergaris-garis cerita disambung. Plot-plot sampah bergelimpangan menanti lori berlendir mengutip cebisan cerita hidup.

Itu bukan hina!

Itu realiti!

Kita hadap hingga akhir, pasti liang lahad kekal abadi.

Kita berhenti, hirup udara kotor.

Kita tersedak, air mata jadi pelindung.

Kita paksa tangan mengesat.

Jari menutup mata.

Kembali gelap.

Jiwa kalian tenang.

Itu bukan dunia!

Itu hanya ruang.

Duduk sejenak, dua tiga detik kembali bergerak.

Kerana ini adalah kenyataan!

Yang kau masih hidup.

Untuk apa digusarkan.

Tangan kasar ini akan tetap menyambut engkau hingga akhir cerita ini.

Tiada ulasan:

Popular Posts

Labels